Tips Membina Rumah Sendiri

KONTRAKTOR BINA RUMAH MALAYSIA

TIPS MEMBINA RUMAH SENDIRI

ANTARA LANGKAH-LANGKAH SEBELUM MEMBUAT RUMAH SENDIRI IALAH

  1. Lantik peguam dan kontraktor untuk buat perjanjian pembinaan (s&p).
    Jika nak jimat, buat sendiri rumah tanpa menggunakan kontraktor tetapi perlu dengan ilmu.
  2. Rumah yang dibina hendaklah mengikut pelan semasa kelulusan pinjaman.
  3. Peguam boleh buat CARIAN / LAND SEARCH di Pejabat Tanah Daerah (terdekat) jika ada sekatan pada tanah tersebut.
  4. Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama suami/isteri, tanah atas nama orang lain adalah tidak dibenarkan. Jika perlu beberapa tindakan boleh diambil seperti buat permohonan pecah lot, beli semua bahagian tanah, tukar nama kesemua bahagian tanah dsb.
  5. Rumah hendaklah dibina di atas tanah yang ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang bebanan. (tiada cagaran bank)
  6. Lantik arkitek berdaftar untuk membina pelan dan dapatkan kelulusan daripada PBT.  Jika nak jimat, lantik arkitek sambilan tetapi apapun perlu berhati-hati. Jika tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu dapat pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis adalah memadai.
  7. Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan BPPP.

*Cara bayaran kos pembinaan perlulah mengikut jadual seperti di bawah dan sebaiknya dimasukkan ke dalam perjanjian.

            CARTA ALIR UNTUK MEMBINA RUMAH DIATAS TANAH SENDIRI

latest jenis II

Langkah 1:

Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang biasa berurusan dengan pihak BPPP. Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak biasa berurusan dengan pihak BPPP, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah. Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua pihak berkenaan. Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan masalah timbul akibat tersalah memilih peguam dan kontraktor yang tidak pernah berurusan dengan BPPP.

Langkah 2:
Arkitek akan buat pelan rekabentuk berdasarkan persetujuan peminjam dan kos cadangan dari kontraktor. Pemohon perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor kerana banyak berlaku kes dimana kontraktor gagal menyiapkan pembinaan berikutan masalah kewangan ( kontraktor akan mendahulukan wang sendiri setelah pembinaan siap dalam 20%, kemudian claim wang tersebut dengan BPPP ).

Langkah 3:
Setelah pemohon dan kontraktor bersetuju dengn pelan rekabentuk, pemohon @ peguam@ kontraktor perlu menghantar borang permohonan ke Pejabat Penilaian. Pemohon boleh mengisi permohonan pinjaman SPPB secara online. Borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan bolehlah diserahkan kepada saya untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke BPPP. Pemeriksaan ini penting untuk mengelak berlakunya masalah dalam permohonan yang boleh menyebabkan berlaku kelewatan dalam kelulusan.

Langkah 4:
Kontraktor akan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat surat kelulusan dari BPPP, Lampiran E (surat setuju terima) ditandatangani dan peguam telah membuat gadaian.

Nota:

Dahulu dikenali sebagai Lampiran E,tetapi sekarang dikenali sebagai Surat Setuju Terima Pinjaman Perumahan Pembendaharan.

SUMBER UTAMA :http://www.mohdelam.com/mortgage/panduan/membina-rumah-diatas-tanah-sendiri/comment-page-1/